fbpx

Hujan lebat di Pantai Timur petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di lapan negeri, petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, cuaca buruk berkenaan berlangsung sehingga pukul 6 petang nanti.

Ketiga-tiga negeri di Pantai Timur katanya, antara yang dijangka mengalami ribut petir.

“Di Kelantan, hujan lebat diramal di Jeli, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, Terengganu di Besut, manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Pekan dan Rompin.

“Selain itu turut terlibat adalah Kedah (Langkawi, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi),” kata kenyataan itu.

Sementara itu, MetMalaysia juga menjangkakan hujan lebat di Sabah dan Sarawak.

“Di Sarawak meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song), manakala di Sabah adalah di Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Tawau),” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI