fbpx

Hanya pekerja ‘gomen’ cemerlang dapat ganjaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga penjawat awam hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 (MAPPA XIX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ganjaran hanya diberikan pada kakitangan awam yang berkhidmat dengan penuh setia, amanah dan cemerlang.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan golongan penjawat awam supaya tidak memandang ringan dan remeh soal nilai serta integriti yang menjadi tonggak dalam perkhidmatan awam.

“Sebagaimana yang selalu saya tegaskan, kita tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan layanan yang sama kepada semua terutama dalam aspek ganjaran dan pengiktirafan. Saya mahu mesejnya jelas supaya penjawat awam yang tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik, culas, sering tidak hadir ke pejabat tanpa kelulusan ketua jabatan tidak akan diberikan ganjaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI