fbpx

Gaji naik, perkhidmatan juga perlu dipertingkat – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

PETALING JAYA – Kementerian Komunikasi menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan berkuat kuasa 1 Disember 2024.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata SSPA mengandungi semangat Reformasi Perkhidmatan Awam yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan agenda Malaysia Madani.

“Tiga ikhtiar untuk menjayakan reformasi ini adalah yang pertama, meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam, meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan serta ketiga meningkatkan daya saing negara,” jelasnya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook hari ini.

“Terima kasih juga PMX kerana umum berita baik yang amat dinantikan oleh seluruh penjawat awam. Semoga dengan peningkatan gaji yang diberikan, perkhidmatan kepada rakyat juga terus dipertingkat,” jelasnya dalam satu hantaran di laman sosial Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI