fbpx

DMart Segi Fresh tawar harga istimewa kepada warga Perasu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Banuri (dua dari kiri) ketika sesi kunjungan reruai DMart Segi Fresh di Mini Karnival Segalanya FELDA di Felda Perasu hari ini.

PETALING JAYA – Bersempena Mini Karnival Segalanya Felda yang berlangsung di Felda Perasu, Gua Musang, Koperasi Permodalan Felda (KPF Trading) melalui DMart Segi Fresh, menawarkan harga istimewa kepada pelanggan yang hadir pada program itu, bermula 15 hingga 17 Ogos ini.

Pengerusinya, Datuk Mohd Banuri Aris berkata, promosi tersebut termasuk harga istimewa untuk pelbagai barangan, termasuk ikan siakap bersaiz besar yang dijual pada harga RM8 seekor, jauh lebih murah berbanding harga pasaran iaitu RM12.

“Inisiatif ini bertujuan mengembalikan kepercayaan warga peneroka kepada KPF melalui jenama KPF Trading. Saya percaya bahawa tawaran harga istimewa ini bukan sahaja akan menggalakkan warga setempat untuk berbelanja, tetapi juga menyokong perniagaan DMart Segi Fresh.

“Khas untuk warga Felda, banyak manfaatnya apabila berbelanja di sini. Duit pembelian akan diperolehi ke koperasi dan seterusnya akan disalurkan kembali kepada warga Felda,” jelas beliau ketika hadir ke reruai DMart Segi Fresh di Mini Karnival Segalanya Felda di Felda Perasu hari ini.

Tambah beliau, selain daripada promosi ikan siakap, DMart Segi Fresh turut menawarkan pelbagai produk lain dengan harga menarik, menjadikan pameran jualan ini peluang yang baik bagi penduduk setempat untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih berpatutan.

Mohd Banuri juga berharap usaha ini dapat memperkukuhkan hubungan antara KPF, peneroka Felda dan masyarakat sekitar, sekaligus memperluaskan lagi pengaruh dan sokongan terhadap perniagaan KPF. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI