fbpx

Dituduh tuntut hak penjagaan cucu, ibu Aliff Aziz saman pemfitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza bakal ambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah.

PETALING JAYA – Difitnah mahu menuntut hak penjagaan salah seorang cucu, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza menzahirkan rasa bengang terhadap seorang netizen kerana menabur fitnah terhadap dirinya.

Kata Hafiza atau nama sebenarnya Siti Hafiza Basharahi dia dan keluarga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pemfitnah yang membuat tuduhan melampau itu.

“Untuk si dia yang muat naik fitnah dajjal ke atas saya, sila turunkan hantaran berkenaan.

Jika tidak saya dan keluarga akan ambil tindakan undang-undang terhadap anda,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram Story.

Tangkap layar InstaStory Siti Hafiza.

Enggan berdiam diri, Hafiza memberitahu dia bersedia bertentang dua mata dengan pelaku untuk menyelesaikan isu berkenaan daripada terus meleret.

“Siapa dapat hubungi dia, tolong beritahu dia yang kami akan ambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Jika dia ingin berbicara dengan saya silakan, kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini,” ujarnya.

Sebelum itu, seorang individu memuat naik hantaran dalam TikTok menuduh Hafiza mengeluarkan kenyataan bekas menantunya Bella Astillah perlu menyerahkan salah seorang anak kepada Aliff supaya adil bagi kedua belah pihak.

Pada Julai lalu, Hafiza dan Aliff, 33, ada memuat naik beberapa hantaran dalam media sosial berkongsi luahan rindu mereka terhadap Ayden dan Ara.

Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anaknya iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI