fbpx

ACL2: Selangor FC diundi bersama kelab Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Selangor FC dijangka berdepan laluan berliku pada kempen ACL2 kali ini. - Foto ihsan Selangor FC

KUALA LUMPUR – Pasukan Selangor FC berdepan laluan berliku apabila diundi bersama kelab gergasi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors dalam Kumpulan H saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini.

Selain bakal bertandang ke bumi Korea Selatan, skuad Gergasi Merah turut diundi bersama jaguh Thailand, Muangthong United dan wakil Filipina, Dynamic Herb Cebu pada saingan yang akan membuka tirai rasmi 17 September depan.

Ketua pegawai eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, undian kali ini agak mencabar kerana semua pasukan yang diundi mempunyai kualiti yang bagus di peringkat Asia.

“Kami sangat gembira apabila dapat kembali bersaing dalam kejohanan diperingkat Asia dan selepas undian berlangsung, kita dapat lihat lawan pasukan Selangor di peringkat kumpulan.

“Mengenai sasaran, sudah tentu ia bukanlah tugas yang mudah tetapi saya pasti kita akan fokus mengharungi satu perlawanan ke satu perlawanan dengan misi awal adalah untuk lolos ke peringkat kalah mati,” katanya ketika ditemui pada majlis undian sebentar tadi.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Selangor FC bersaing di peringkat Asia selepas kali terakhir melakukannya pada edisi Piala AFC 2016.

Pasukan Merah Kuning kendalian Nidzam Jamil layak secara merit selepas muncul naib juara Liga Super di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI