fbpx

[VIDEO] Seram tengok bas jalan macam ketam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Keadaan sebuah bas yang bergerak secara menyenget di jalan raya dipertikaikan orang ramai kerana dikhuatiri boleh mengundang bahaya.

Menerusi perkongsian video di TikTok Suhaimi Amir, memaparkan kejadian tersebut dipercayai berlaku di Bandar Sunway, di sini.

Berdasarkan video itu, bas terbabit yang disyaki beroperasi di sekitar Selangor dilihat tetap meneruskan perjalanan biarpun dalam keadaan tidak normal.

“Bas macam ini pun lepas dan selamat untuk beroperasi ya,” soal Suhaimi di ruangan kapsyen.

Sehubungan itu, rata-rata pengguna media sosial turut mempersoalkan bagaimana bas berkenaan dibenarkan untuk menjalankan perkhidmatan.

“Kata kenderaan perdagangan setiap enam bulan masuk Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). Macam mana boleh lepas,”

“Tengok pun seram. Macam mana ada keberanian nak bawa. Takkan pemandu bas tak perasan langsung,” ujar Amighul.

“Ada banyak bas lama macam ini. Tak lah macam mana Puspakom dengan Jabatan Pengangkutan Jalan boleh luluskan,” jelas Rahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI