fbpx

[VIDEO] 10 cedera akibat letupan tangki ‘Bottom Reactor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepulan asap tebal akibat letupan tangki 'Bottom Reactor' di sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju, Bintulu semalam.

BINTULU – Seramai 10 orang cedera dalam letupan tangki ‘Bottom Reactor’ sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 6.24 petang itu, kesemua mangsa mengalami kecederaan melecur dan sesak nafas akibat terhidu asap.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Nyabau Bintulu, dengan lima mangsa dirawat di Zon Merah, empat orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang dirawat di Zon Kuning,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian disebabkan kebocoran paip utama yang meletup akibat tekanan yang terlalu tinggi.

Katanya lokasi kejadian hanya terletak kira-kira satu kilometer dari Balai Polis Samalaju.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI