fbpx

Usaha sama Titijaya, Bank Islam perluas akses pembiayaan untuk projek Damaisuria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Poh Yit (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Mizan (dua dari kanan) selepas pemeteraian MoU antara Titijaya dengan Bank Islam di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Titijaya Land Berhad (Titijaya) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) untuk mengukuhkan kerjasama strategik dan meluaskan akses kepada rumah mampu milik kepada rakyat di negara ini.

Di bawah MoU tersebut, Bank Islam akan menyediakan penyelesaian pembiayaan untuk memenuhi keperluan unik pemilik rumah pada masa sekarang, menyediakan pembiayaan akhir kepada mereka untuk memiliki hartanah yang dibangunkan oleh Titijaya. 

Penyelesaian ini termasuk pakej pembiayaan khas untuk pembeli rumah pertama yang layak melibatkan Skim Jaminan Kredit Perumahan – MADANI (SJKP-Madani). 

Skim tersebut akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin membeli rumah di Damaisuria, projek bandar baharu Kumpulan di Bukit Subang.

Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya, Datuk Lim Poh Yit berkata, pemeteraian kerjasama ini adalah  salah satu inisiatif Titijaya untuk menawarkan produk yang diperlukan oleh pembeli rumah di negara ini, dan mengadaptasi kepada perubahan yang berlaku dalam pasaran hartanah.

“Bersama, kami akan membuka peluang kepada lebih ramai golongan muda dan juga keluarga untuk membeli rumah di Damaisuria dan menetap di perbandaran ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu, Ketua Pegawai Kumpulan Bank Islam- Perbankan Runcit Kumpulan, Mizan Masram menjelaskan, tawaran pembiayaan rumah daripada bank adalah yang paling kompetitif di dalam pasaran kini, dengan tawaran serendah 3.80 peratus p.a.

“Lebih menarik, pelanggan yang memohon pembiayaan daripada Bank Islam untuk projek Damaisuria akan mendapat manfaat daripada pembiayaan sampingan melalui produk pembiayaan Peribadi, menjadikan ia lebih mudah untuk membiayai perbelanjaan untuk pengubahsuai dan juga membeli perabot. 

“Penyelesaian komprehensif ini akan membolehkan pembeli rumah menyediakan ruang kediaman impian mereka dengan lebih selesa dan fleksibiliti dari segi kewangan,” ujarnya.

Pada 15th Ogos 2024, Titijaya memaklumkan perkembangan terkini Damaisuria, projek bandar Preview 264 @ Seiring, iaitu projek terbaharu dalam Seiring Residensi, fasa pertama Damaisuria. 

Projek 264 @ Seiring terdiri daripada 264 unit pangsapuri servis dalam bangunan menara. 

Projek ini dijangkakan mendapat permintaan yang baik kerana ia adalah projek rumah mampu milik dalam kawasan bandar, dengan harga permulaannya di tawarkan daripada RM270,000 seunit.

Seiring Residensi melibatkan pembinaan empat menara dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM677 juta manakala Projek Damaisuria secara keseluruhannya dijangkakan bernilai GDV RM2 billion. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI