fbpx

Tujuh tahun guna kasut sampai lunyai, patah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH FIRDAUS pernah berdepan pelbagai masalah hingga terpaksa menggunakan peratalan sedia ada dan memilih kejohanan disertai disebabkan kekangan bajet.

KUALA LUMPUR – Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menjelaskan kepentingan sokongan padu daripada program Road to Gold (RTG) dalam meningkatkan prestasinya terutama persiapan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pelumba berusia 28 tahun itu bersyukur dengan ‘bantuan’ RTG kerana akhirnya dapat memiliki kasut baharu yang tidak pernah diganti sejak 2017 disebabkan kekangan bajet.

Sepanjang tempoh tersebut, Shah Firdaus terpaksa memakai kasut sedia ada sehingga ‘lunyai’ sebelum adanya RTG barulah dapat memiliki kasut khas untuk acara berbasikal trek ditempah khas dari United Kingdom bernilai RM8,000.

Kasut tersebut amat penting buat Shah Firdaus kerana membantunya mendapat kayuhan terbaik sehingga melayakkannya ke final acara keirin pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang berakhir minggu lalu.

“Sebelum ada RTG kami berdepan banyak masalah dengan elaun yang kena potong. Orang luar tidak tahu kerana pada satu ketika kami terpaksa memilih kejohanan yang boleh disertai disebabkan kekangan bajet.

“RTG baru dibentuk setahun lebih, jadi apa yang kita boleh jangkakan. Dalam tempoh tersebut kita boleh menyertai perlumbaan dan beli peralatan serta memiliki kasut baharu. 

“Jika tidak kerana RTG, kasut saya pakai tak pernah tukar sejak 2017… sampai patahlah.

“Kasut saya pakai ini baru diperoleh tahun ini. Bukan senang nak dapat, jersi juga bukan senang dapat. Orang luar sana tak tahu apa yang kami lalui kerana terpaksa pilih kejohanan,” ujarnya.

RTG yang baru operasi dalam tempoh kurang dua tahun, telah memberi impak besar terhadap persiapan atlet-atlet negara terutama meningkatkan prestasi mereka ke tahap optimum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI