fbpx

Tiga gajah jantan ganggu tanaman penduduk ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seekor gajah jantan yang ditangkap di Jeli dan Gua Musang dalam tempoh dua hari pada minggu ini. FOTO IHSAN PERHILITAN

JELI – Tiga gajah jantan yang menganggu tanaman dan harta benda penduduk ditangkap dalam dua operasi berasingan di Kampung Lawar, Batu Melintang di sini dan Gua Musang dalam tempoh dua hari pada minggu ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, ketiga-tiga gajah liar itu ditangkap selepas pihaknya menerima aduan daripada penduduk berkaitan gangguan haiwan di kawasan mereka.

Menurutnya, operasi yang bermula Isnin lalu melibatkan tujuh anggota Perhilitan Daerah Jeli sebelum Unit Tangkapan Gajah (UTG) berjaya menangkap dua ekor gajah di Kampung Lawar.

“Seekor lagi gajah berjaya ditangkap di kediaman peneroka di Felda Chiku 3, Gua Musang selepas haiwan berkenaan berkeliaran mengganggu penduduk keesokan harinya.

“Justeru, penangkapan tiga ekor gajah itu diharap dapat mengurangkan kebimbangan penduduk selain tidak lagi mengalami kerugian akibat kemusnahan tanaman dan harta benda,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI