fbpx

Suri rumah hilang ditemui mati tragis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang suri rumah yang dilaporkan hilang ditemui mati di dalam bilik tidur dengan kesan jerutan dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Indera Mahkota di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mayat mangsa yang berusia 28 tahun ditemui pada pukul 7.30 malam selepas laporan polis mengenai kehilangannya dibuat bapa wanita itu pada pukul 3.25 petang.

“Pengadu membuat laporan laporan polis kerana mangsa gagal dihubungi. Kali terakhir mangsa dihubungi bapanya pada pukul 8.30 pagi semalam melalui pesanan WhatsApp.

“Pada pukul 7.30 malam, pengadu (bapa mangsa) dihubungi suami mangsa yang memaklumkan isterinya tidak sedarkan diri dalam bilik tidur di bahagian tengah rumah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati terdapat kesan jerutan pada leher si mati dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk dibedah siasat.

Setakat ini seramai empat individu berusia 27 hingga 62 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI