fbpx

‘Selamat jalan ke negeri abadi bondaku tercinta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Muhammad Sanusi bersama Allahyarhamah ibunya yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – “Selamat jalan ke negeri abadi bondaku tercinta, kita akan bersama lagi di Syurga Firdaus nanti,”

Demikianlah kata-kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor buat Allahyarhamah ibunya, Meriam Ahmad, 74, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pukul 9.40 pagi tadi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook, beliau turut menyertakan gambar bersama Allahyarhamah ibunya ketika duduk di sebuah pondok.

Jenazah dibawa pulang untuk disembahyangkan pada pukul 11 pagi tadi sebelum dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Masjid Sungai Pau, Sik, Kedah selepas solat asar.

Allahyarham Meriam ditidurkan sejak semalam selepas mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Sik.

Muhammad Sanusi pada semalam memaklumkan ibunya yang dipercayai terkena serangan jantung dibawa ke Hospital Sik untuk melakukan pemeriksaan awal sebelum dipindahkan ke HSB pada kelmarin.

Beliau memaklumkan, doktor mengesahkan ibunya turut mengalami strok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI