fbpx

Puas cari suami hilang setahun, rupanya ‘dilarikan’ perempuan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aprilia berasa kecewa kerana suaminya langsung tidak mengirimkan berita dalam tempoh setahun. - TikTok

JAKARTA – Seorang pesohor media sosial di Indonesia kecewa selepas mendapat tahu bahawa suaminya yang sudah setahun hilang tanpa berita, sebenarnya melarikan diri bersama perempuan lain, lapor laman berita Wolipop semalam.

Wanita dikenali sebagai Aprilia Majid itu berkata, pelbagai cara telah dilakukan sebelum ini bagi mencari suaminya yang hilang tiba-tiba.

Dia juga mendapat perhatian pengguna media sosial selepas sering berkongsikan kisah rumah tangganya yang bahagia bersama suami serta dua anak mereka.

Kata Aprilia, dia ada membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya, namun, pihak berkuasa memberi alasan bahawa lelaki itu mungkin melarikan diri dengan wanita lain.

Setelah setahun suaminya hilang, Aprilia terkejut apabila mendapat tahu bahawa lelaki itu dilihat di Pulau Bali bersama seorang wanita.

“Orang yang saya percaya tidak akan menyakiti hati saya, akhirnya berbuat demikian,” ujarnya.

Menurut Aprilia, ada individu mengirimkan gambar suaminya bersama wanita lain di Bali, menyebabkan dia berasa kecewa.

Tambahnya, sehingga kini, suaminya masih belum mengirimkan sebarang berita kepadanya atau meminta maaf daripada dirinya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI