fbpx

Proton lancar X70 2025 baharu, yakin terus tarik minat pengguna Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LI Chunrong (kiri) bersama Timbalannya, Roslan Abdullah pada sesi pelancaran X70 2025 di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Proton hari ini melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV), X70 2025 baharu pada harga bermula RM98,800.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkata, X70 2025 tampil dengan reka bentuk luar yang dikemas kini, peralatan dalaman baharu dan teknologi Sistem Bantuan Pemanduan Lanjutan (ADAS) 2.0 yang ditingkatkan.

Jelas beliau, buat pertama kalinya dalam model Proton, X70 2025 bakal tersedia dengan ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto yang akan disampaikan kepada pemilik tanpa kos tambahan melalui kemas kini over-the-air (OTA) setelah semua pelesenan yang diperlukan diluluskan.

“Pelancaran Proton X70 2025 adalah salah satu contoh Proton memasuki fasa seterusnya dalam kerjasama kami bersama Geely.

“Dengan begitu banyak pencapaian sepanjang 18 bulan lalu, daripada pelancaran Proton X90 dan S70 kepada pengenalan EV (kenderaan elektrik) dari smart, serta pembukaan pusat penyelidikan dan pembangunan di China serta pelancaran e.MAS, adalah tidak mudah bagi pelanggan untuk melupakan betapa jauhnya syarikat telah berkembang sejak pelancaran SUV pertama pada 2018.

“Dengan usaha menyeluruh daripada pasukan pembangunan kenderaan Proton yang melibatkan lebih 4.2 juta kilometer ujian serta pelbagai ciri yang dikemas kini, prestasi yang ditingkatkan dan reka bentuk yang diperbaharui, kami yakin Proton X70 2025 akan terus menarik minat sebagai kenderaan yang dibangunkan dan dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk pengguna Malaysia dan dunia,” kata ketika berucap pada majlis pelancaran Proton X70 2025 di sini, hari ini.

X70 2025 menampilkan reka bentuk luar yang dikemas kini, peralatan dalaman baharu dan teknologi Sistem Bantuan Pemanduan Lanjutan 2.0 yang ditingkatkan.

Beliau berkata, sejak pelancaran versi pertama, Proton X70 telah merevolusikan segmen SUV premium di Malaysia dan menjadi pilihan pelanggan dengan lebih 100,000 unit terjual.

Tambah beliau lagi, model globalnya, Geely Boyue turut menempa kejayaan dengan lebih daripada 1.8 juta unit dijual di 49 negara di seluruh dunia.

“Proton X70 2025 menyasarkan untuk meneruskan legasi ini dengan menawarkan campuran peralatan menarik terdiri daripada ciri terkini dan prestasi yang tiada tandingan,” ujarnya.

Harga Proton X70 2025 bagi Semenanjung Malaysia bermula pada RM98,900 bagi varian 1.5TD Standard 2WD (pacuan dua roda), manakala varian 1.5TD Executive 2WD  berharga RM110,800, varian 1.5TD Premium 2WD (RM123,800) dan varian 1.5 TD Premium X 2WD (RM126,800).

Ciri baharu paling ketara adalah gril hadapan yang lebih besar dengan elemen corak songket yang mengelilingi logo Proton, dibingkai oleh lampu hadapan trapezoid baharu terdiri daripada 47 LED individu.

Manakala, bampar hadapan dan fender hadapan baharu menampilkan rekaan lebih agresif, dilengkapi dengan bonet baharu yang sepadan dengan dua dome kuasa yang memberi petunjuk tentang prestasi dalamnya.

Proton X70 2025 dikuasakan oleh enjin suntikan terus turbo 1.5-liter yang dipasang di Tanjong Malim, Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI