fbpx

PRK DUN Nenggiri : Pilih pemimpin ada komitmen bantu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (kanan) semasa menziarahi rumah penduduk di RKT Sungai Asap B, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri perlu mengelak daripada memilih pemimpin yang mengutuk dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada parti lain untuk meraih undi semasa berkempen.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, individu yang mengutuk parti lain semasa berkempen tidak layak di undi sebagai pemimpin.

Katanya, justeru, rakyat di DUN Nenggiri seharusnya memilih pemimpin yang menunjukkan komitmen berterusan untuk membantu rakyat.

“Saya sangat berpuas hati dengan keperibadian calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani yang sangat sopan dan merendah diri ketika bertemu penduduk.

“Penerimaan masyarakat terhadapnya cukup tinggi. Cara Mohd. Azmawi yang berkempen dengan menunduk ke bumi boleh dipuji. Beliau turun ke bawah dengan sopan dan tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat.

“Itu satu contoh kempen pilihan raya yang perlu kita amalkan daripada mengutuk orang. Jadi, saya cukup sukalah cara ini lebih-lebih lagi selepas melawat peneroka yang memberi maklum balas positif kepada Mohd. Azmawi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Ziarah peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI