fbpx

Pesara rugi RM276,900 diperdaya ‘MCMC dan polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM276,900 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pegawai polis.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kejadian bermula pada 16 Julai lalu selepas mangsa yang merupakan wanita warga emas berumur 64 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai MCMC.

“Suspek telah menyatakan bahawa mangsa terlibat dengan kegiatan penggubahan wang haram.

“Panggilan telefon tersebut telah disambungkan pula kepada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya dalam tempoh dari 16 Julai hingga 29 Julai lalu, mangsa telah diarahkan oleh suspek untuk membuat transaksi melalui mesin ATM ke enam akaun bank berlainan.

Beliau memberitahu, sumber wang mangsa adalah daripada duit simpanan mangsa, suami mangsa, Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI