BIASANYA gelagat pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta yang menjadi bualan netizen, namun ‘demam’ Olimpik Paris 2024 yang sudah melabuhkan tirai Ahad lalu mengheret nama suaminya, Zain Saidin gara-gara insiden membabitkan pelumba basikal negara Datuk Azizulhasni Awang.
Semua itu susulan harapan emas daripada Azizulhasni tidak kesampaian apabila penyertaannya dibatalkan dalam pusingan pertama disebabkan melintasi ‘pacer’ lebih awal. Apa yang menarik perhatian adalah wajah pacer dalam saringan 1 pusingan pertama perlumbaan acara keirin Sukan Olimpik Paris itu seiras dengan Zain.
Rata-rata netizen berpendapat persamaan ketara wajah ‘pacer’ itu dengan suami Che Ta meredaka kemarahan mereka biarpun individu terbabitlah yang mengakibatkan penyertaan Azizulhasni dibatalkan.
Mengetahui video serta kisah yang membandingkan muka mereka tular, Zain berkongsi hantaran dalam TikTok meminta orang ramai memaafkan pacer tersebut.
Pada masa sama dia sempat berseloroh menyatakan motosikalnya bergerak perlahan kerana bateri habis selain terlupa bawa ‘powerbank’.
Perkongsian itu mengundang komen positif yang didakwa netizen mampu meredakan perasaan gundah dan amarah rakyat Malaysia.
MIZZ LAHAR: Pelik apabila ada yang suka hati edit foto penerjun negara, Nur Dhabitah sampai nampak tak senonoh. Tunggulah tindakan saman nanti, rasakan!