fbpx

Mbappe bantu Real juara Piala Super Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (tengah) membantu Real menjuarai Piala Super Eropah selepas menewaskan Atalanta awal pagi tadi. - AFP

WARSAW – Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti mengakui puas apabila Kylian Mbappe mempamerkan ‘sengat’ dengan menghadiahkan trofi Piala Super Eropah selepas menewaskan Atalanta 2-0 di Stadium Nasional Warsaw, Poland awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Galacticos tidak mempunyai masalah untuk menjulang trofi berprestij Eropah itu buat kali keenam dengan meraih gol hasil penyudah Federico Valverde dan Mbappe.

Menurut Ancelotti, penyerang antarabangsa Perancis itu telah menunjukkan kualiti sebenar di atas padang dan sekarang mencabar Mbappe untuk kekal konsisten pada kempen musim baharu nanti.

“Saya rasa Mbappe mempunyai kualiti untuk menjaringkan banyak gol buat pasukan pada musim ini dan mungkin lebih daripada 50. Namun, kami bukanlah bermain secara individu dengan pujian wajar diberikan kepada semua pemain.

“Pasukan beraksi dengan cemerlang khususnya daripada aspek pertahanan terutama pada babak pertama. Selepas kita menjaringkan dua gol, segalanya nampak lebih mudah,” katanya.

Sementara itu, Ancelotti mengakui berbangga apabila menyamai rekod pengendali Real terbanyak menjulang trofi kompetitif setaraf dengan legenda, Miguel Munoz selepas meraih piala ke-14 peribadinya bersama The Galacticos.

“Ini adalah satu pencapaian terindah dalam karier saya dan sudah pasti ia bukan perkara yang mudah. Pemain semua berjuang untuk memastikan pasukan berada di landasan kemenangan,” katanya yang telah menjuarai Piala Super Eropah sebanyak lima kali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI