fbpx

Mahasiswa jadi keldai akaun selepas ditipu scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin ketika memeriksa perbarisan Kor SUKSIS UiTM hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Golongan mahasiswa dikesan terjerat sebagai keldai akaun selepas tertipu dalam pelbagai skim yang dijalankan scammer.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, beliau secara peribadi yakin mahasiswa tidak sewenangnya dengan sengaja memberikan maklumat perbankan mereka kepada sindiket tersebut.

“Ada juga, kita percaya yang mana mahasiswa juga kena scam, bukan sengaja beri nombor akaun kepada scammer.

“Pengalaman saya di Perak dahulu, memang mahasiswa tidak faham dan memberi nombor akaun dan dijadikan sebagai keldai akaun,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan Tamat Latihan Kor Sukarelawan Polis Siswa (SUKSIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mendedahkan lebih 208,000 keldai akaun yang digunakan untuk tujuan penipuan dalam talian dengan sebahagiannya milik penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

Golongan terbabit dikatakan berisiko terdedah menjadi keldai akaun kerana mereka mudah terpedaya dan terpengaruh dengan wang ringgit dengan bayaran antara RM100 hingga RM1,000 bagi mendapatkan akaun bank mereka.

Mengulas mengenai SUKSIS, Razarudin percaya ia boleh berperanan sebagai mediator antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang awam khususnya mahasiswa dalam usaha menangani jenayah penipuan terutama bagi golongan itu.

“Kor SUKSIS menjadi orang tengah atau mediator kepada PDRM sendiri dan mereka diberi pengetahuan tentang undang-undang untuk membantu kita.

“Terdapat juga maklumat, apabila mahasiswa Kor SUKSIS balik ke tempat asalnya (kampung) bercuti, ada juga maklumat yang disampaikan oleh mereka membantu kita di daerah-daerah,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI