fbpx

Kuching destinasi pelancongan ketiga paling murah di Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HATYAI mempunyai purata kadar hotel termurah di Asia. - Foto AFP

HANOI – Bandar raya Kuching di  Malaysia berada di tempat ketiga dalam senarai destinasi paling murah di Asia, lapor portal berita VnExpress semalam.

Menurut platform pelancongan online Agoda, kadar purata harga bilik di Kuching ialah AS$54 (RM239.75) diikuti Pulau Siargao, Filipina dan Da Lat, Tanah Tinggi Tengah Vietnam.

Kedua-dua lokasi itu mempunyai kadar purata sewaan bilik sekitar AS$57 (RM253.07).

Tempat pertama ialah HatYai, Thailand yang mempunyai kadar purata bilik hotel berharga AS$36 (RM159.74) manakala Yogyakarta, Indonesia berada di kedudukan kedua dengan AS$38 (RM168.62).

Menurut Agoda, Kuching yang merupakan ibu negeri Sarawak terkenal dengan kemeriahan yang unik dan keindahan alam semula jadi menakjubkan. 

Ia mempunyai Kubu Margherita yang bersejarah dan memberikan pemandangan tentang masa lalu penjajah Inggeris di rantau Asia Tenggara.

Bandar raya itu juga menawarkan pemandangan Sungai Sarawak yang menakjubkan. 

Kuching juga menempatkan Muzium Kucing, tarikan unik yang didedikasikan untuk haiwan tersebut.

Nama Kuching bermaksud kucing dalam bahasa Melayu. 

Bandar raya itu juga mempunyai Pusat Hidupan Liar Semenggoh di mana pelancong boleh melihat orang utan di habitat semula jadi, menjadikannya destinasi sempurna untuk pengalaman budaya dan hidupan liar.

Purata kadar purata bilik hotel lain yang murah  ialah di Narita, Jepun AS$58 (RM257.57), Goa, India AS$66 (RM293), Taichung, Taiwan AS$96 (RM426.11) dan Busan, Korea Selatan AS$113 (RM501.57).

Agoda menganalisis purata harga bilik di destinasi pelancongan untuk 15 Ogos hingga 30 September berdasarkan data tempahannya yang dibuat antara 15 Jun hingga 7 Julai tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI