fbpx

Kuantan Port, Northport dan MRL bekerjasama hubungkan timur dan barat Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (tengah) menghadiri sesi pemeteraian MoU ketika Persidangan Antarabangsa Pelabuhan Kuantan 2024 yang diadakan di Kuantan, hari ini.

PETALING JAYA – Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd. (Kuantan Port), Northport (Malaysia) Bhd. (Northport) dan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memastikan jambatan darat Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang menghubungkan Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang dapat direalisasikan.

MoU tersebut menggariskan kerjasama menyeluruh untuk mengukuhkan perkongsian strategik merentasi beberapa bidang utama dalam usaha meningkatkan kesalinghubungan, kelancaran integrasi, kecekapan dan keselarasan pengangkutan dagangan antara kedua-dua pelabuhan.

Ini termasuk pembangunan pelan strategik bagi mewujudkan jambatan darat bersepadu menghubungkan rel dan operasi pelabuhan, yang akan memudahkan pergerakan kargo antara kedua-dua pelabuhan dengan memanfaatkan ECRL dan mengurangkan masa transit.

Kerjasama itu turut akan memanfaatkan peluang perdagangan yang diperoleh daripada inisiatif Belt and Road dan Halal Silk Route bagi memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan di seluruh Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, pemeteraian MoU tiga pihak itu membuktikan komitmen untuk merealisasikan jambatan darat ECRL yang akan meningkatkan kesalinghubungan dan kecekapan logistik antara Pantai Timur dan Barat Semenanjung.

Jelasnya, MRL bersama Kuantan Port dan Northport akan membangunkan pelan komprehensif yang melibatkan keperluan infrastruktur, prosedur operasi dan garis masa yang akan mengoptimumkan penggunaan jambatan darat ECRL.

“Jambatan darat ECRL yang berhubung dari pelabuhan-ke-pelabuhan akan melengkapkan akses yang lebih mudah kepada aliran perdagangan Timur-Barat kerana ia mempunyai kesalinghubungan terus antara Kuantan Port yang menghadap Laut China Selatan dan Northport di laluan Selat Melaka.

“Ia dijangka akan memendekkan masa perjalanan kapal kargo sehingga 2.5 hari di sepanjang laluan maritim yang paling sibuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ECRL, yang ditadbir dan dilaksanakan oleh MRL, adalah projek infrastruktur rangkaian keretapi elektrik sepanjang 665 kilometer yang menghubungkan Kota Bharu di Kelantan ke Pelabuhan Klang di Selangor.

Ia dijadualkan siap sepenuhnya pada Disember 2027. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI