fbpx

Kesalahan seksual libat kanak-kanak meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kes kesalahan seksual membabitkan kanak-kanak menerusi media sosial meningkat kepada 525 kes tahun lalu berbanding 360 kes pada 2022.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, statistik tersebut diperolehi daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ujarnya, bagi bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 288 kes kesalahan seksual membabitkan kanak-kanak menerusi media sosial telah dilaporkan.

“Apa yang lebih mengejutkan, 94 peratus remaja di negara ini yang berusia 12 hingga 17 tahun berada dalam talian dan keselamatan mereka pada zaman digital hari ini perlu menjadi kebimbangan utama.

“Ini kerana kanak-kanak di Malaysia semakin terdedah kepada penderaan seksual dalam talian, eksploitasi dan pelbagai pengalaman yang berbahaya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nie Ching berkata, kes judi dalam talian turut mencatatkan peningkatan daripada 18,814 pada tahun 2023 kepada 62,403 untuk kira-kira tujuh bulan pertama tahun ini.

Jelasnya, sebanyak 24,453 kandungan penipuan dalam talian atau ‘scanmer’ sudah dibuang dalam tempoh berkenaan tahun ini berbanding hanya 6,297 pada tahun lalu.

“Malangnya jumlah jenayah siber terus meningkat walaupun kita terbabit dengan platform media sosial.

“Untuk itu, Kementerian Komunikasi menerusi SKMM bakal melancarkan Kempen Kesedaran Dalam Talian peringkat kebangsaan.

“Inisiatif itu untuk mendidik masyarakat terhadap penggunaan internet yang lebih bertanggungjawab, positif dan produktif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI