fbpx

Kes rusuh pusat hiburan: Lapan lagi suspek ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Lapan lagi suspek ditahan berhubung insiden pergaduhan dan merusuh di sebuah pusat hiburan di Pudu, Kuala Lumpur pada 10 Ogos lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, setakat ini seramai 12 orang berusia antara 20 hingga 40 tahun itu dan kini sedang direman bagi siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati, motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan perniagaan dan hutang. Kita masih berusaha melengkapkan siasatan.

“Kami dapati insiden itu berpunca daripada modal perniagaan dan hutang. Sebab tempat (pusat hiburan) ini baru dibuka, mungkin mereka ada perselisihan mengenai tuntutan hutang,” katanya selepas menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Putrajaya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI