fbpx

Keluarga Nidza Afham serah polis siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nidza Irfan ketika ditemui selepas pengebumian arwah adiknya di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, Kuala Selangor petang tadi.

KUALA SELANGOR – Keluarga Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan selepas keputusan bedah siasat diperoleh hari ini.

Abang sulungnya, Muhammad Nidza Irfan Mokhtar, 33, berkata dia sekeluarga reda dengan ujian perit yang menimpa mereka ketika ini.

“Sewaktu saya bertanyakan pihak forensik (hospital), mereka memberitahu bahawa ia diserahkan kepada polis.

“Kami juga menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menyiasat lanjut kejadian yang menimpa arwah adik,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam di sini, petang tadi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dipetik berkata, bedah siasat terhadap mayat pemuda berusia 23 tahun itu didapati tiada kecederaan fizikal. Punca kematian adalah ‘pending laboratory investigation’ dan tiada kecederaan fizikal lain serta siasatan kes diteruskan sebagai SDR.

Sementara itu, ibu Allahyarham, Irni Yusmira Istihat, 54, berkata dia menerima segala ketentuan Ilahi biarpun amat sedih dengan kehilangan anak kelima daripada tujuh beradik berkenaan.

“Saya reda dengan apa yang berlaku kepada Afham dan bersyukur urusan pengebumian berjalan lancar. Alhamdulillah, keadaan jenazah arwah juga sempurna beri seperti ketika saya melahirkannya di dunia ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI