fbpx

[VIDEO] ‘Kami tak tahu bagaimana keadaan sebenar jenazah Nidza’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKAK Allahyarham Nidza Arfam, Irfahanie mengharapkan yang baik-baik untuk jenazah adiknya yan ketika ini masih berada di Hospital Shah Alam.

SHAH ALAM – “Harap keputusan bedah siasat baik-baik sahaja.”

Itu harapan yang disuarakan kakak kepada Allahyarham Nidza Afham iaitu Irfahanie yang kini menanti keputusan bedah siasat adiknya yang ditemui berhampiran jambatan Sungai Klang, Klang semalam.

Menurut Irfa, sehingga kini pihak keluarga tidak mengetahui keadaan sebenar jenazah Allahyarham Nidza sama ada dalam keadaan sempurna atau mempunyai sebarang kecederaan.

“Kami harap yang baik-baik sebab tak tahu bagaimana keadaan sebenar jenazah.

“Ada kecederaan atau tidak, kami memang tak tahu. Memang saya harap yang baik-baik dan semoga jenazah tidak terseksa,” katanya kepada Kosmo! Online di pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam, di sini, hari ini.

Sementara itu, abang ipar Allahyarham, Muhammad Effie Amron, 34, gagal menahan sebak apabila berkongsi momen ketika melakukan proses pengecaman di lokasi penemuan mayat Sungai Klang semalam.

“Saya yang ada ketika membuat pengecaman mayat semalam sekitar pukul 8 malam.

“Saya yakin itu Nidza berdasarkan wajah dan pakaiannya,” ujarnya.

Sehingga kini, proses bedah siasat jenazah Nidza masih berjalan di Unit Perubatan Forensik di sini.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat seorang lelaki ditemui sekitar jambatan Sungai Klang adalah Nidza Afham, 23, yang dilaporkan hilang selepas berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, di sini kelmarin.

Pengesahan dibuat berdasarkan baju-T bernombor 56 yang dipakai ketika mayat ditemui pukul 7 malam tadi. – KUALA LUMPUR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI