fbpx

Jumpa balik motosikal selepas hilang lapan tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAWAT awam ditahan selepas didapati menunggang motosikal curi jenis Yamaha Lagenda 115Z dalam Op Khas Motosikal di daerah ini. FOTO IHSAN POLIS

PORT DICKSON – Tindakan seorang penjawat awam menunggang motosikal curi jenis Yamaha Lagenda 115Z membawa padah apabila dia ditahan dalam Op Khas Motosikal di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 38 tahun itu didapati menunggang motosikal curi tersebut yang dilaporkan hilang sejak tujuh tahun lalu.

“Dalam sekatan diadakan, polis telah mengesan seorang lelaki yang merupakan penjawat awam dipercayai menunggang motosikal curi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, hasil semakan lanjut mendapati motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z itu telah dilaporkan hilang pada tahun 2017 di daerah Melaka Tengah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI