fbpx

Juara kebangsaan tak pandang rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUSTIN

BEKAS juara kebangsaan yang juga pemain pilihan, Justin Hoh kekal waspada dengan ancaman pencabar lain yang dianggap mampu meleburkan misinya memburu pingat emas dalam acara badminton Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Wakil Wilayah Persekutuan itu lebih selesa untuk mengambil pendekatan berhati-hati dan enggan terlalu memberikan tekanan kepada diri sendiri.

“Kalau lihat memang ada peluang untuk saya menang (emas) tetapi saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri. Kebanyakan pencabar saya adalah rakan sepasukan saya seperti Eogene Ewe dan Ong Zhen Yi.

“Kami berlatih bersama setiap hari dan sudah tahu permainan masing-masing. Mereka adalah lawan yang kuat dan saya tidak boleh terlalu yakin,” katanya.

Pada edisi dua tahun lalu di Kuala Lumpur, Justin tidak mengambil bahagian dalam acara perseorangan dan hanya beraksi untuk beregu campuran, namun kemaraannya sekadar berakhir di suku akhir.

Pembabitan Justin dalam perseorangan pastinya memberi harapan besar buat kontinjen Wilayah Persekutuan selepas seorang lagi pemain kebangsaan, Leong Jun Hao tewas di tangan peserta Johor, Ng Tze Yong.

Saingan badminton SUKMA Sarawak akan berlangsung di Sibu bermula Sabtu ini membabitkan acara berpasukan campuran sebelum saingan individu bermula 21 Ogos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI