fbpx

Ibu Sanusi sudah tiada, meninggal dunia di ICU HSB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu kepada Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, Meriam Ahmad, 74, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini pada pukul 9.40 pagi tadi.

ALOR SETAR – Ibu Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, Meriam Ahmad, 74, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini pada pukul 9.40 pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsikan oleh Pegawai Khas MB itu, Helmi Khalid di media sosialnya sebentar tadi.

“Bonda MB kita, Hajah Meriam Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9.40 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar,” tulis beliau dalam hantaran itu.

Allahyarham Meriam ditidurkan sejak semalam selepas mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Sik, dekat sini.

Muhammad Sanusi semalam memaklumkan ibunya yang dipercayai terkena serangan jantung dibawa ke Hospital Sik untuk melakukan pemeriksaan sebelum dipindahkan ke HSB pada kelmarin.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI