fbpx

Hujan lebat di 6 negeri hingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat, ribut petir serta angin kencang berlaku di enam negeri ketika ini dan boleh berlarutan sehingga pukul 4 petang nanti.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah di Kedah meliputi daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu, di Perak melibatkan kawasan Larut, Matang dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Hujan lebat serta ribut petir juga tertumpu sekitar negeri Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta Johor (Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Cuaca buruk yang juga berlaku di beberapa kawasan negeri Sarawak dan Sabah sepanjang tempoh tersebut,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI