fbpx

Hanya 16,000 pekebun kecil mohon bantuan Budi Agri-Komoditi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (kanan) mendengar penerangan daripada pegawai Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara mengenai produk berasaskan kenaf pada Program Turun Padang Budi Agri-Komoditi di Dewan Serbaguna Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

GUA MUSANG – Seramai 16,000 daripada 300,000 pekebun kecil di kawasan Semenanjung memohon bantuan tunai Budi Agri-Komoditi sebanyak RM200 sebulan yang dilaksanakan kerajaan susulan pelaksanaan pelarasan subsidi diesel setakat kelmarin.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, jumlah itu dilihat jauh lebih rendah berbanding bilangan keseluruhan pekebun kecil berikutan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi golongan tersebut.

Menurutnya, pihak kementerian turut dimakmumkan bahawa ada dalam kalangan pekebun kecil tidak mendapat maklumat berhubung Budi Agri-Komoditi.

“Pekebun kecil juga memberi alasan bahawa tidak tahu untuk mendaftar selain tiada kemudahan seperti capaian internet dan komputer riba sehingga menyebabkan mereka keciciran untuk menerima bantuan itu.

“Sehubungan itu, Kementerian Perladangan dan Komoditi mengambil pendekatan turun padang untuk membantu pekebun kecil mendaftar Budi Agri-Komoditi agar mereka menerima bantuan selepas program penyasaran subsidi diesel dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Turun Padang Budi Agri-Komoditi di Dewan Serbaguna Taman Agropolitan Rantau Manis di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Johari memberitahu, pihaknya menganggarkan seramai 300,000 pekebun kecil yang mengusahakan ladang sawit, kenaf, getah, koko dan lada di kawasan Semenanjung.

Menurutnya, bantuan Budi Agri-Komoditi bukan sahaja untuk mengurangkan beban dihadapi pekebun kecil, malah kerajaan mahu memastikan produktiviti mereka tidak terjejas.

“Justeru, kita akan terus memastikan jumlah pekebun kecil yang berdaftar bantuan itu semakin meningkat selepas program turun padang dilaksanakan.

“Saya ingin ingatkan bahawa pekebun kecil tidak perlu takut untuk mendaftar Budi Agri-Komoditi kerana tiada cukai dikenakan kepada mereka. Ia merupakan bantuan bulanan daripada kerajaan,” katanya.

Tambah Johari, pekebun kecil yang mengusahakan ladang seluas 4.5 hektar ke bawah bagi tanaman getah dan sawit manakala tanaman koko dan lada membabitkan keluasan 2.5 hektar ke bawah layak untuk memohon bantuan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI