fbpx

Hampir 14,000 permohonan warganegara anak tidak sah taraf, anak angkat diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (dua dari kiri) bergambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Ramah Mesra di Pejabat PKR Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Kerajaan melulus dan menyelesaikan hampir 14,000 kes permohonan kewarganegaraan melibatkan kategori anak tidak sah taraf, anak jagaan dan anak angkat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sejak 11 tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu merangkumi 75 peratus permohonan bagi ketiga-tiga kategori tersebut yang sudah diluluskan oleh kerajaan setakat ini.

Menurutnya, secara kasar masih banyak permohonan yang masih belum diselesaikan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan turut meluluskan permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan kategori anak berusia kurang 21 tahun kepada warganegara melibatkan isteri warganegara, manakala anak lahir di luar negara dan suami warga asing sementara perlembagaan itu dipinda.

“Selain itu, permohonan kategori isteri warga asing yang berkahwin dengan suami tempatan turut diselesaikan sekiranya mereka tinggal dan sudah beranak pinak di sini selepas tujuh tahun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra di Pejabat PKR di sini hari ini.

Dalam ucapannya, beliau berkata, permohonan yang sudah diluluskan melibatkan dokumen pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan MyKad.

“Permohonan terlalu banyak dan besar. Selama ini, dokumen (permohonan kewarganegaraan) tidak bergerak.

“Saya sebagai Menteri Dalam Negeri bawah Kerajaan Madani mempunyai sifat kasih, simpati dan belas kepada rakyat untuk meneliti seterusnya meluluskan permohonan tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI