fbpx

Enam individu tidak mengaku salah culik lelaki warga China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas pertuduhan menculik lelaki warga China untuk mendapatkan wang tebusan sebanyak RM4.47 juta.- Foto oleh KAMARIAH KHALIDI

SEPANG- Enam individu termasuk sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga China bagi mendapatkan wang tebusan, bulan lalu.

Bagaimanapun keenam-enam tertuduh iaitu Chen Jun Hiong, 29; Law Han Wei, 29; Dhinnesh Tan Kin Yhuan, 29; Jong Li Jiat, 25, serta pasangan suami isteri, Loh Yew Jian, 30, dan Wong Xiao Yen, 29, masing-masing mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Amir Affendy Hamzah.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh bersama-sama dengan empat lagi yang masih bebas didakwa menahan seorang lelaki warganegara China secara salah untuk wang tebusan berjumlah USDT 1007696 (RM4.47 juta).

Kesalahan itu dilakukan di susur keluar Cyberjaya Lebuh Raya Mex di sini, kira-kira pukul 11 pagi pada 11 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain, manakala tertuduh diwakili peguam Datin G. Freda Sabapathy, Mohd Zali Shaari, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor, P. Haresh dan Bernard Francis.

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan terbabit tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, setiap peguam memohon anak guam mereka untuk diberikan ikat jamin berikutan perlu menanggung keluarga selain akan mematuhi semua syarat tambahan seperti menyerahkan pasport kepada mahkamah atau melapor diri di balai polis berhampiran.

Selepas mendengar hujah kesemua pihak, Amir Affendy menolak jaminan diberikan kepada keenam-enam tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI