fbpx

Elon Musk, JK Rowling berdepan saman RM1.2 juta, penjara 5 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri Rowling, Imane dan Musk. - Getty Images/People

PARIS – Bilionair Elon Musk dan penulis novel Harry Potter, JK Rowling berdepan hukuman penjara lima tahun dan denda sehingga £214,000 (RM1.2 juta) jika petinju Algeria, Imane Khelif menang kes samannya terhadap mereka, lapor portal berita MailOnline semalam.

Imane menamakan dua tokoh tersebut dalam tuntutan saman bagi kes buli siber terhadap dirinya.

Musk dan Rowling ialah antara tokoh berprofil tinggi yang mengetuai bantahan mengenai penyertaan Imane dalam sukan Olimpik Paris baru-baru ini. Atlet tinju itu memenangi pingat emas dalam kategori wanita.

Imane memfailkan saman tersebut kepada pihak berkuasa Perancis.

Atlet berusia 25 tahun itu walaupun bukan wanita transgender, sebalikya didakwa memiliki kromosom lelaki, XY yang menyebabkan dia hilang kelayakan daripada menyertai kejohanan dunia 2023.

Penyertaan Imane menentang petinju wanita di temasya Olimpik pula membawa kepada bantahan ramai, termasuk Musk dan Rowling serta beberapa pesaingnya yang kalah.

Namun, Imane turut mendapat sokongan daripada beberapa pihak lain yang menyokong haknya untuk berjuang.

Peguam pemenang pingat emas itu, Nabil Boudi berkata, Musk dan Rowling dinamakan dalam aduan jenayah yang dihantar kepada pejabat pendakwa raya pada minggu lalu.

Hukuman yang mungkin untuk kesalahan buli siber di Perancis adalah penjara antara dua hingga lima tahun  dan denda antara £26,000 (RM148,128) hingga £39,000 (RM222,192).

Jika didakwa sebagai ucapan kebencian online, pelaku bahkan boleh didenda sebanyak £64,000(RM364,623) hingga £214,000 (RM1.2 juta).

Nabil berkata, Imane memfailkan saman itu sebagai sebahagian daripada ‘perjuangannya untuk mendapatkan ‘keadilan, maruah dan kehormatan’. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI