fbpx

DNA selesai, jenazah warga emas boleh dituntut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN rumah pusaka yang didiami lima sekeluarga yang musnah dalam kebakaran di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar, Jumaat lalu.

MUAR – Polis mengesahkan menerima ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mangsa kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima laporan itu daripada Jabatan Kimia yang mengesahkan mangsa rentung ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan isterinya, Ara Abd Hamid, 76.

Katanya, Ujian DNA dibuat berikutan pengecaman mayat ke atas pasangan warga emas itu tidak dapat dilakukan kerana keadaan mayat rentung 80 peratus.

Oleh itu keluarga mangsa boleh menuntut jenazah warga emas tersebut untuk dikebumikan.

Sementara itu, anak mangsa, Mahat Mohamed Nor memaklumkan dia dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk pengesahan lanjut.

Jenazah pasangan suami isteri itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Redan pagi esok.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi Jumaat minggu lalu, tiga sekeluarga maut selepas rumah mereka di Kampung Paya Redan dijilat api.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, isteri, Ara Abd Hamid, 76, serta cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11. Seorang lagi mangsa, Norazmina Mohd Radhi, 14, terselamat.

Bedah siasat ke atas jenazah Noradriana mendapati ada kesan retakan pada kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul. Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan pada 10 Ogos lalu.

Polis mengklasifikasikan kes kematian tiga sekeluarga itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ini selepas siasatan di lokasi kejadian dan hasil laporan bedah siasat mendapati terdapat unsur jenayah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI