fbpx

Di mana Raisya Rasyiqah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raisya Rasyiqah

KAJANG – Polis meminta bantuan awam untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kali terakhir Raisya Rasyiqah Mohd Rashdan dilihat adalah di Pekan Beranang, di sini.

Menurutnya, laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan itu dibuat pada kira-kira pukul 10 malam, Isnin lalu.

“Remaja itu berketinggian 148 sentimeter dengan berat kira-kira 40 kilogram dan berkulit warna sawo matang.

“Raisya Rasyiqah berbadan sederhana, memakai cermin mata, pakaian baju T kadet polis, seluar sukan biru tua dan bertudung ungu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Kajang di talian 03-89114222.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI