fbpx

‘Cukup orang tahu status saya supaya tak mendatangkan fitnah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora berharap kisah perceraiannya dengan bekas suami, Dr. Rushdi tidak diperbesar-besarkan.

PETALING JAYA – Mengharapkan kisah perceraian dengan bekas suami Dr. Rushdi Ramli tidak diperbesarkan, penyanyi Datuk Nora Ariffin hanya mahu khalayak mengetahui tentang status perkahwinannya sekarang.

Jelas Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, dia memohon maaf kerana tidak memberikan sebarang reaksi terhadap isu perceraiannya itu.

“Saya memohon maaf kerana tidak memberi apa-apa respons (reaksi) pada isu ini (perceraian). Saya tidak mahu memanjangkan isu ini.

“Cukuplah orang tahu status perkahwinan saya sekarang supaya tidak mendatangkan fitnah. Sebagai manusia biasa, saya juga tidak dapat lari daripada berbuat kesilapan dan kesalahan,” katanya.

Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu memberitahu menerusi kenyataan dalam Instagram semalam.

Sementara itu, Nora memaklumkan hubungannya dengan bekas suami sebelum ini dalam keadaan baik dan dia reda dengan takdir hidupnya.

“Sebelum ini hubungan kami (dengan bekas suami) baik-baik saja. Alhamdulillah, saya berlapang dada di atas apa yang berlaku dan berserah dengan apa saja ketentuan Allah SWT.

“Mungkin ini yang terbaik. Jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan memberi kata-kata semangat. Doa yang baik-baik juga untuk kalian semua,” katanya lagi.

Sebelum ini, ibu kepada empat cahaya mata mengejutkan industri hiburan tanah air apabila berkongsi video dia diceraikan Rushdi dalam Instagram pada Isnin lalu.

Nora bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perceraian itu. Sebaliknya, dia meluahkan rasa syukur terhadap apa yang berlaku.

Spekulasi pergolakan rumah tangga Nora dengan Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya (UM) mula diperkatakan sejak tahun lalu.

Namun, Nora menafikan hal tersebut dan mengatakan hubungannya mereka dalam keadaan baik.

Nora dan Rushdi mendirikan rumah tangga dengan pada 2021 dalam majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup dan merupakan perkahwinan kedua Nora.

Sebelum ini Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI