fbpx

Dua jam pujuk pesakit hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang cuba terjun di bangunan dari tingkat satu bangunan Hospital Duchess Of Kent (HDOK). petang semalam. Foto IHSAN BOMBA

SANDAKAN – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang pesakit yang cuba terjun dari tingkat satu bangunan Hospital Duchess Of Kent (HDOK) di sini petang semalam.

Lelaki berusia 33 tahun itu berjaya diselamatkan selepas lebih dua jam pihak hospital dan bomba memujuknya untuk menyerahkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.56 petang.

“Sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat. Sebaik tiba seorang lelaki didapati cuba terjun dari tingkat satu HDOK.

“Pasukan penyelamat memujuk lelaki itu dan berjaya menangkapnya. Mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahagian bahu kiri dan diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI