fbpx

Boleh melawat Korea Utara Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR disiarkan agensi berita KCNA pada 16 Oktober 2019 menunjukkan pembinaan resort dan hotel berhampiran hutan semula jadi dekat Gunung Paektu di daerah Samjiyon. – KCNA VIA KNS / AFP

PYONGYANG  – Korea Utara akan membuka semula pintu sempadannya kepada pelancong asing bermula Disember ini selepas hampir lima tahun negara berkenaan ditutup disebabkan pandemik Covid-19.

“Kami menerima pengesahan daripada rakan kongsi tempatan kami bahawa pelancongan ke Samjiyon dan kemungkinan seluruh Korea Utara, akan disambung semula secara rasmi pada Disember 2024,” kata syarikat pelancongan Koryo Tours berpangkalan di Beijing.

Syarikat berkenaan sebelum ini diberikan kelulusan untuk membawa pelancong asing ke Korea Utara

Samjiyon terletak di kawasan pergunungan dekat sempadan Korea Utara dan China.

Ia adalah bandar pintu masuk ke Gunung Paektu di mana naratif rasmi mengatakan bahawa pemimpin tertinggi Korea Utara, mendiang Kim Jong-il dilahirkan di sana.

Anak lelaki dan penggantinya, Kim Jong-un berbelanja besar untuk membangunkan kawasan itu termasuk membina pangsapuri baharu, hotel dan resort ski.

KTG Tours yang  juga berpangkalan di China berkata, pihaknya  telah diberitahu bahawa pelancong asing akan dapat bercuti di Samjiyon (kawasan Gunung Paektu) pada musim sejuk tahun ini.

“Tarikh tepat belum disahkan. Setakat ini, hanya Samjiyon dibuka secara rasmi tetapi kami fikir Pyongyang dan tempat-tempat lain akan dibuka juga!” katanya.

Korea Utara menutup sempadannya pada awal 2020 untuk melindungi negara daripada Covid-19, malah rakyatnya di luar negara  dihalang daripada pulang ke tanah air selama bertahun-tahun.

Sebelum pandemik bermula, pelancongan ke Korea  Utara adalah terhad dengan syarikat pelancongan mengatakan, cuma kira-kira 5,000 pelancong Barat melawat negara itu pada  setiap tahun. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI