fbpx

Berhenti ganggu atlet negara berkait pakaian mereka – Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa masyarakat untuk berhenti mengganggu atlet negara berkaitan pakaian sukan mereka.

Gesaan itu dibuat Hannah menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Jangan ganggu atlet kita berkenaan dengan pakaian sukan mereka. ‘Stop impose’ (berhenti paksa) apa yang anda mahu terhadap mereka.

“Mereka mempunyai satu keutamaan sahaja (iaitu) untuk cemerlang dalam sukan,” katanya.

Sebelum ini, foto atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang memakai pakaian renang pada Sukan Olimpik Paris disunting individu tidak bertanggungjawab menjadi tidak senonoh sehingga menarik perhatian ramai.

Lantaran itu, suaminya, Jiggy Masin, 35, memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit sebagai pengajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI