fbpx

Atlet Olimpik Indonesia dapat ‘durian runtuh’ mencecah RM1.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Veddriq Leonardo antara atlet yang mencipta kejutan meraih pingat emas di temasya Olimpik 2024 lepas. - Foto ihsan NOC Indonesia

JAKARTA – Kontinjen Indonesia di Sukan Olimpik 2024 mendapat ‘durian runtuh’ selepas diberikan bonus oleh Presiden, Joko Widodo (Jokowi) di Istana Negara hari ini.

Menurut Jokowi, hadiah tunai yang diberikan bermula Rp250 juta (RM70,000) hingga Rp6 miliar (RM1.7 juta) adalah penghargaan buat atlet yang bekerja keras untuk mengharumkan nama negara di Paris.

“Pertama, saya ingin mengucapkan ucapan terima masih dan penghargaan setinggi-tingginya kepada atlet yang sudah berjuang di Olimpik 2024 dan memberikan kebanggaan luar biasa bagi bangsa dan rakyat Indonesia.

“Sebagai bentuk penghargaan atas prestasi membanggakan ini, pemerintah telah menyiapkan bonus sebesar Rp6 miliar (RM1.7 juta) untuk pemenang pingat emas, Rp1.65 miliar (RM467,000) untuk pemenang pingat lain (perak dan gangsa).

“Selain itu, Rp2.75 miliar (RM779,000) untuk jurulatih atlet yang meraih pingat emas dan pelatih pemenang pingat perak dan gangsa pula mendapat Rp675 juta (RM191,000).

“Bonus sebanyak Rp250 juta (RM70,000) untuk atlet yang tidak mendapat pingat turut diberikan sebagai sebuah penghargaan,” katanya dipetik CNN Indonesia.

Indonesia berjaya meraih dua pingat emas menerusi Veddriq Leonardo dan Rizki Juniansyah sekali gus meraih pencapaian terbaik sejak edisi 1992 di Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI