fbpx

Anak buah Rossi harap tuah litar Austria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEZZECCHI percaya Litar Red Bull Ring akan memberikannya kelebihan untuk bersaing merebut podium GP Austria hujung minggu ini. - AFP

AUSTRIA – Pelumba VR46 Racing Team, Marco Bezzecchi teruja untuk kembali berlumba di Litar Red Bull Ring menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Austria pada hujung minggu ini yang dianggap sebagai salah satu litar kegemarannya.

Pelumba Itali itu percaya bahawa litar tersebut amat sesuai dengan gaya tunggangannya dan juga karakteristik yang ada pada jentera Ducati secara keseluruhannya.

Justeru, Bezzecchi berharap dia mampu melakukan lebih baik terutama untuk mencari semula kemenangan selepas menaiki podium tempat ketiga musim lalu di Austria.

“Litar Red Bull Ring adalah salah satu kegemaran saya, bukan sahaja kerana saya telah mencatatkan banyak keputusan terbaik di sini tetapi juga karakter jentera Ducati itu sendiri.

“Jadi, dengan prestasi terbaik saya di sini saya harap kami mampu mencapai satu lagi keputusan yang terbaik,” kata Bezzecchi.

Tahun lalu, Bezzecchi berjaya berada di pentas podium tempat ketiga yang menyaksikan pelumba Ducati, Francesco Bagnaia menjuarai perlumbaan tersebut.

Musim ini, pelumba berusia 25 tahun itu masih belum berupaya melakar kemenangan di pentas perdana Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dengan rekod terbaiknya hanyalah menamatkan tempat ketiga di GP Sepanyol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI