fbpx

Adik jaguh ONE Championship sandaran emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIKAIL (kiri) menghadirkan nilai tambah kepada aksi kompetitif pada Sukma Sarawak kali ini. - FB RENTAP MUAY THAI GYM

PENYERTAAN adik kepada dua jaguh muay thai negara iaitu Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar dan Ahmad Adam Rakib menghadirkan nilai tambah kepada kompetitif Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Mikail yang juga adik kepada bintang ONE Championship, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar yang turut dikenali sebagai ‘Jojo’ menjadi sandaran utama buat tuan rumah dalam kategori 51 hingga 54 kilogram (kg).

Petarung berusia 15 tahun itu sedar bahawa dia mempunyai tanggungjawab besar untuk meneruskan legasi keluarganya selepas dua abangnya, Johan dan Elias Ghazali pernah menyumbangkan emas buat Sarawak.

“Jurulatih dan rakan-rakan sepasukan juga banyak membantu persiapan saya pada sesi latihan. Cabaran yang selalu saya hadapi adalah untuk mengekalkan momentum semasa latihan dan menjaga berat badan yang dikehendaki dalam sukan ini,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Adam yang akan beraksi dalam kategori 45 hingga 48kg adalah adik kepada penyumbang emas kontinjen Terengganu pada Sukan 2022 dan juara Sukan SEA tahun lalu, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib.

Penyertaan di SUKMA 2024 adalah penampilan sulung buat Mikail dan Ahmad adam pada temasya dwitahunan ini.

Sebagai rekod, aksi muay thai akan dilangsungkan di Naim Paragon Streetmall di Bintulu bermua hari ini (15 Ogos) hingga 20 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI