JAKARTA – Seorang lelaki yang sedang memotong rumput tiba-tiba diserang dan dililit seekor ular sawa sepanjang 7 tujuh meter, lapor portal berita detiksulsel.
Lelaki dikenali sebagai Ahmad dan berusia 40 tahun itu nyaris maut akibat dililit reptilia itu dalam kejadian di daerah Polewali Mandar, Sulawesi Barat baru-baru ini.
Bagaimanapun, seorang penduduk yang mendengar jeritan lelaki itu bertindak berani dengan menetak kepala ular tersebut.
“Setelah dililit ular, mangsa menjerit meminta tolong. Pada awalnya, penduduk menetak ekor ular. Setelah lilitan di tubuh mangsa terlepas, dia menetak kepala ular sampai putus,” kata pegawai polis tempatan, Aipda Rahman. .
Katanya, paha mangsa luka kerana digigit ular tersebut.
“Mangsa mengalami luka pada paha sebelah kiri akibat serangan ular,” katanya. – AGENSI