fbpx

Timbalan pengarah, lima penguat kuasa PBT terima rasuah didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang timbalan pengarah dan lima penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melindungi premis pelacuran dan perniagaan yang menggunakan ‘lesen ali baba’ akan didakwa di mahkamah esok.

Menurut sumber, pegawai kanan berkenaan bersama seorang pegawai bawahannya akan didakwa di Mahkamah Shah Alam, Selangor, atas tiga pertuduhan kerana meminta dan menerima wang rasuah daripada premis-premis pelacuran di ibu negara.

Empat lagi penguat kuasa PBT yang sama pula akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, masing-masing atas satu pertuduhan menerima rasuah bagi melindungi premis-premis perniagaan yang beroperasi menggunakan ‘lesen ali baba’ di ibu negara.

“Pegawai kanan PBT berkenaan akan didakwa atas tiga pertuduhan kerana meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM130,000, manakala seorang pegawai bawahannya akan dituduh atas satu pertuduhan meminta wang rasuah daripada premis-premis pelacuran.

“Sementara empat penguat kuasa terbabit pula didakwa kerana menerima wang rasuah antara RM200 hingga RM800 daripada premis yang menggunakan lesen ali baba bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan tiga penjawat awam termasuk seorang Timbalan Pengarah dalam satu operasi khas kerana dipercayai menerima rasuah secara bulanan daripada premis urut dan pelacuran di ibu kota.

Pada bulan lalu, SPRM Kuala Lumpur telah menahan lapan penguat kuasa PBT kerana dipercayai menerima rasuah daripada premis-premis perniagaan yang beroperasi tanpa lesen yang sah serta menggunakan lesen ali baba. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI