fbpx

Tambahan sebulan untuk Mirzan, Mokhzani isytihar harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mirzan (kiri) dan Mokhzani.

KUALA LUMPUR – Tempoh tambahan satu bulan lagi diberikan kepada dua anak bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bagi mengisytiharkan aset mereka.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kedua-duanya mempunyai tempoh sehingga pertengahan September untuk berbuat demikian.

“Kita sudah beri tempoh masa kepada kedua-dua mereka yang akan berakhir pada pertengahan September. Itu keputusan (lanjutan) akhir. Selepas mereka isytihar harta nanti, kami akan beri (maklum) perkembangan kepada pihak media.

“Jadi, tunggu dahulu sehingga September ini kerana SPRM sudah beri tambahan sebulan lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Inisiatif Pencegahan Rasuah Melalui Pemerkasaan Amalan Perakaunan dan Pengauditan, di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Mei lalu, SPRM bersetuju memberi lanjutan masa kepada Mirzan Mahathir dan adiknya, Tan Sri Mokhzani, untuk mengisytiharkan aset masing-masing.

Mirzan dan Mokhzani diarahkan SPRM pada Januari mengisytiharkan aset mereka sejak 1981, tahun di mana ketika itu Mahathir menjadi perdana menteri.

Kedua-dua beradik itu telah menerima dua tempoh lanjutan berbanding tarikh akhir asal pada Februari. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI