PELBAGAI dakwaan muncul mengenai anak sulung penyanyi Syahrini yang dilahirkan pada 1 Ogos lalu termasuk dikatakan sebagai bayi Persenyawaan In Vitro (IVF).
Lebih teruk ada yang menyebarkan spekulasi isteri kepada ahli perniagaan Reino Barack itu memalsukan kehamilan dan hanya mengambil anak angkat.
Selepas lama berdiam, adiknya iaitu Aisyahrani mendedahkan perjuangan kakaknya mendapatkan zuriat sepanjang tempoh lima tahun berkahwin sangat perit.
Bayi perempuan yang dilahirkan di Singapura itu dianggap sebagai malaikat kecil buat mereka sekeluarga selepas dua kali Syahrini mengalami keguguran.
Malah katanya, berkat doa akhirnya wanita disayanginya dikurniakan zuriat secara alami, bukan bayi hasil IVF seperti didakwa pihak tertentu.