fbpx

Sembilan pemandu kenderaan perdagangan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Yusoff (kiri) ketika menyertai Operasi Khas Kenderaan Perdagangan Bersama Agensi Penguatkuasa Dan Konsesi Lebuhraya Tahun di RTC Perak, Gopeng hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

GOPENG – Seramai sembilan pemandu kenderaan perdagangan ditahan selepas didapati positif dadah dalam tempoh 13 hari Operasi Khas Kenderaan Perdagangan bermula 1 Ogos lalu.

Kesemua pemandu berusia 24 hingga 45 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine setelah menjalani ujian saringan air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, dalam operasi itu, sebanyak 20,358 kenderaan telah diperiksa dengan 6,247 buah membabitkan kenderaan perdagangan.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 581 kenderaan perdagangan diambil tindakan, tiga kenderaan disita dan 1,524 notis dikeluarkan.

“Sepanjang operasi dijalankan, kita mengesan tiga kesalahan serius di mana terdapat sebuah lori yang ditahan untuk pemeriksaan merupakan kenderaan yang telah disita Rabu lalu.

“Lori itu mempunyai tujuh kesalahan termasuk pemandu tiada lesen memandu kompeten (CDL) dan lesen kenderaan barangan (GDL), lesen kenderaan motor (LKM) atau ‘roadtax’ tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan perakuan Puspakom tamat tempoh,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi yang dijalankan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di Gopeng, di sini hari ini.

Menurutnya, kesalahan lain yang dikesan membabitkan sebuah bas sekolah yang menggunakan nombor pendaftaran kenderaan perdagangan lain selain sebuah lori membawa muatan bahaya iaitu kayu penyendal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI