fbpx

Polis tangkap kaki pencuri tunggang skuter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKI seorang pencuri dipegang oleh seorang anggota polis di Bengaluru. - Foto India Today

NEW DELHI – Seorang konstabel polis di Bengaluru, India mempertaruhkan nyawanya demi menangkap pencuri yang menunggang sebuah skuter, dengan bertindak sendirian, lapor laman berita India Today.

Pencuri tersebut dilaporkan mempunyai hampir 40 kes jenayah. 

Insiden itu dirakam menerusi kamera berhampiran balai polis trafik Sadashivanagar, baru-baru ini.

Kejadian itu bermula apabila pencuri yang dikenali sebagai Manjesh, 40, menunggang skuter dan menghampiri lampu isyarat. 

Anggota polis tersebut yang bertindak berdasarkan maklumat risikan, bergerak pantas untuk menangkap suspek.

Konstabel itu dengan berani mencengkam kaki pencuri itu dari belakang ketika suspek cuba memecut menggunakan skuter.

Suspek dilihat bermati-matian cuba melepaskan cengkaman konstabel itu dengan membuat pusingan tajam di atas jalan.

Dia juga cuba melanggar polis berkenaan, tetapi percubaannya gagal apabila anggota polis lain dan orang ramai campur tangan untuk membantu.

Pertarungan sengit itu berakhir apabila pencuri tersebut akhirnya ditangkap. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI