fbpx

Persidangan Agung UMNO 2024 lebih meriah – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bertemu Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin bagi berbincang dan memperhalusi agenda perjalanan Persidangan Agung UMNO 2024.

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan Persidangan Agung UMNO 2024 pada 21 hingga 24 Ogos ini lebih meriah dengan pelbagai program.

Katanya, segala persiapan untuk menerima kehadiran para perwakilan dari seluruh pelusuk negara sedang giat dijalankan.

“Persidangan tahun ini, saya jangka lebih meriah dengan pelbagai program. Antaranya, Program Ekplorasi Kerjaya TVET, pameran perkhidmatan, teknologi dan pendidikan dan gerai jualan terhidang buat para perwakilan serta pengunjung,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut meluangkan masa bertemu Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin bagi berbincang dan memperhalusi agenda perjalanan persidangan.

“Insya-Allah, kita bersama doakan agar Persidangan Agung UMNO tahun ini dapat berlangsung sempurna dan mencapai matlamatnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI